Inkues Adib: Peguam negara nafi failkan afidavit punca kematian Adib - Utusan Malaysia

Inkues Adib: Peguam negara nafi failkan afidavit punca kematian Adib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan kepada bekas Timbalan Pendakwa Raya, Hamdan Hamzah untuk memfailkan afidavit di Mahkamah Rayuan berhubung punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Tommy berkata demikian dalam jawapannya kepada permohonan ex-parte (sebelah pihak) yang dibuat bapa Muhammad Adib, Mohd. Kassim Abdul Hamid pada 16 Julai lepas.

Beliau berkata, pihaknya tidak mengarahkan atau memberi arahan berhubung tugas harian kepada 1,200 pegawai undang-undangnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam perkara ini, apa-apa yang diikrarkan dan difailkan oleh Hamdan dalam prosiding inkues kematian Muhammad Adib adalah di bawah bidang tugasnya.

“Tanggapan dan rumusan pemohon terhadap afidavit Hamdan adalah ‘mischievous’, suatu salah tanggapan dan tanpa sebarang asas atau merit, ” katanya di sini.
 
Sebelum ini, bapa kepada allahyarham Adib, Mohd. Kassim, 64, memfailkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) melalui Tetuan Mohd Zubir Embong dan Associate di Mahkamah Koroner.

Dalam permohonan itu, beliau mendakwa Tommy telah membuat  penghinaan terhadap mahkamah menerusi afidavit yang difailkan oleh Jabatan Penguam Negara pada 3 April lepas yang mana menyatakan kematian Muhammad Adib bukanlah dipukul. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini