Gangguan air pulih 100 peratus di Kuala Lumpur, Kuala Langat - Utusan Malaysia

Gangguan air pulih 100 peratus di Kuala Lumpur, Kuala Langat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Julai – Pemulihan gangguan bekalan air di Wilayah Kuala Lumpur dan Kuala Langat akibat pencemaran minyak diesel di sumber air mentah di Selangor kini mencapai tahap 100 peratus sehingga pukul 6 petang ini.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Abdul Raof Ahmad berkata, dengan pemulihan di dua wilayah itu, lima kawasan utama yang terjejas iaitu Gombak, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Kuala Lumpur dan Kuala Langat telah pulih sepenuhnya.

“Peratusan pemulihan bagi Wilayah Klang/Shah Alam dan Petaling pula masing–masing berada di tahap 99 peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Segala usaha diambil bagi menstabilkan tekanan dan aliran di sistem agihan dan mempercepatkan pemulihan. Kami menyasarkan pemulihan keseluruhan kawasan sebelum atau pada pukul 9 pagi, Jumaat ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini