KUALA LUMPUR – Segmen bual santai secara interaktif yang disiarkan secara langsung di Facebook Utusan Online, Jom Chat kembali malam ini dengan dua artis jemputan, Zamani dan Ezad Lazim.
Jom Chat yang berdurasi selama satu jam, bermula pada pukul 9 malam, merupakan platform untuk para artis dan selebriti tanah air yang mempunyai produk atau single untuk diuar-uarkan kepada khalayak.
Zamani dan Ezad dipertemukan menerusi kolaborasi Lima Aksara yang mana mereka akan memberi pencerahan, bagaimanakah kerjasama ini boleh tercetus.
Memuatkan artikel berkaitan…
Lima Aksara dirakam di bawah label Broadway Entertainment, ciptaan seorang komposer wanita yang dikenali sebagai Mulah manakala liriknya dihasilkan oleh Fedtri Yahya. – UTUSAN ONLINE











