Hari Tanpa Kenderaan Hulu Selangor Sabtu ini - Utusan Malaysia

Hari Tanpa Kenderaan Hulu Selangor Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Julai – Seramai 500 pengunjung terawal akan mendapat payung topi secara percuma pada Hari Tanpa Kenderaan Hulu Selangor yang berlangsung di Jalan Orkid, Bukit Sentosa, Rawang dekat sini Sabtu ini.

Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) memaklumkan, pelbagai aktiviti dan persembahan turut menanti pengunjung antaranya larian santai, ‘petting zoo’, mencanting batik, Suppa Duppa, berkuda, Eco Free Market dan lain-lain.

“Kaunter dan pameran oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta juga turut dibuka bagi memeriahkan Hari Tanpa Kenderaan yang berlangsung dari pukul 6.30 pagi hingga 12 tengah hari itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, pengunjung juga berpeluang menerima 10 hadiah utama barangan elektrik berjenama dalam aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini