LONDON – Pengurus Barcelona Ernesto Valverde mengakui berasa sangat gembira apabila dapat menyaksikan penyerang baharu Antoine Griezmann mempamerkan kelasnya tersendiri meskipun tewas 1-2 kepada Chelsea dalam saingan persahabatan, semalam.
Jelasnya, Griezmann yang membuat kemunculan sulung bersama Barca bijak menyesuaikan diri dengan gaya permainan mereka selepas diapit dengan dua pemain sayap, Ousmane Dembele dan Alex Collado di bahagian serangan.
“Griezmann cepat menyesuaikan diri dengan permainan Barcelona.
“Kita boleh lihat betapa bahanya ketika dia memegang bola. Dia akan menjadi ancaman terbesar kepada musuh.
“Kami perlukan lebih banyak daripadanya dalam perlawanan pertama. Dia perlu melihat bagaimana tekanan ketika kami mendominasi musuh, namun ia juga dianggap sebagai perlawanan sulung,” kata Valverde.- AGENSI











