KUALA LUMPUR 24 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini buat pertama kali mempengerusikan Mesyuarat Majlis Teringgi UMNO, sejak kembali daripada bercuti daripada menjalankan peranan sebagai Presiden parti.
Antara pemimpin parti menghadiri mesyuarat hari ini termasuklah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, semua Naib-naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa serta ketua-ketua sayap dan ahli-ahli Majlis Tertinggi.
Ahmad Zahid mengumumkan bercuti pada Disember 2018 dan kemudian pada 30 Jun lalu menyatakan untuk kembali menggalas tugasnya, genap setahun beliau menang sebagai Presiden dalam Pemilihan UMNO.
Sepanjang ketiadaan Ahmad Zahid, tugas-tugas beliau dimainkan oleh Mohamad yang mengetuai jentera UMNO dan Barisan Nasional memenangi tiga pilihan raya kecil iaitu Parlimen Cameron Highlands, Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dan Rantau. – UTUSAN ONLINE











