Sultan Brunei antara tiga tetamu diraja hadir - Utusan Malaysia

Sultan Brunei antara tiga tetamu diraja hadir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan isteri, Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha adalah antara tiga tetamu diraja yang akan mencemar duli ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 30 Julai ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda berkata, dua lagi tetamu diraja yang telah mengesahkan kehadiran ialah Putera Mahkota Jordan, Ali Al-Hussein dan Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan.

“Maklumat yang kita terima dalam senarai tetamu luar negara ada tiga dari luar negara dan pertamanya Sultan Brunei serta dua putera mahkota dari Jordan dan Abu Dhabi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiap hari kita menerima perkembangan terkini berhubung kehadiran tetamu jemputan supaya pihak jawatankuasa boleh sediakan yang terbaik dan kita masih menerima lagi jawapan kehadiran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar acara-acara sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Kompleks Islam Putrajaya di sini hari ini.

Mujahid berkata, bagi mempersila Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri, satu rombongan telah pergi ke semua negeri bagi mempersembahkan warkah persilaan bertulisan jawi daripada kertas yang diperbuat daripada kulit kambing.

“Semua yang telah kita silakan untuk hadir telah memberi jawapan dan akan hadir ke upacara penuh istiadat ini,” katanya.

Sementara itu, Mujahid berkata, sebanyak 80 peratus persiapan telah siap dilakukan bagi menyambut hari bersejarah itu yang merupakan istiadat tertinggi dalam negara.

“Lagi 20 peratus hanya untuk melihat raptai saat-saat akhir yang mana raptai ini akan diadakan dua ke tiga kali lagi.

Dalam pada itu, Mujahid berkata, sebanyak enam acara utama disusun atur sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bermula Khamis ini.

Katanya, acara dimulakan dengan majlis bacaan Yasin, doa selamat dan solat hajat pada Khamis ini di Masjid Negara, Istiadat Pertabalan pada 30 Julai di Balairung Seri Istana Negara dan diikuti Majlis Santapan Diraja keesokan harinya di Dewan Santapan Utama Istana Negara.

“Dijangka seramai 700 tetamu akan hadir terdiri daripada Raja-Raja Melayu, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, ahli jemaah menteri, duta-duta negara asing dan pegawai-pegawai kanan kerajaan,” katanya.

Tiga lagi acara lain ialah lawatan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Hospital Rehabilitasi Cheras (1 Ogos), Pameran Raja Kita di Muzium Diraja, Kuala Lumpur (5 Ogos hingga 5 November) serta khutbah khas dan solat Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya pada 2 Ogos. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini