LONDON – Real Madrid dilaporkan sanggup membuat tawaran sebanyak 150 juta pound (RM769 juta) dengan gaji setaraf Gareth Bale 600,000 pound (RM3 juta) seminggu bagi mendapatkan Paul Pogba .
Bagaimanapun, Real bergelut untuk membayar gaji dua pemain melibatkan Bale dan Pogba, seandainya perpindahan bintang tengah itu dapat direalisasikan dari Manchester United ke Santiago Bernabeu.
Difahamkan, Pogba telah sekian lama berhajat menyarung jersi Real, dengan pengendali Zinedine Zidane juga menyatakan hasrat untuk membawa pemain tersebut masuk.
Memuatkan artikel berkaitan…
Setakat ini, Zidane telah merekrut lima pemain pada musim panas ini, namun kekal menjadikan Pogba sebagai sasaran utama.- AGENSI











