RM1,500 milik juara kutip minyak masak terpakai - Utusan Malaysia

RM1,500 milik juara kutip minyak masak terpakai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Julai – Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menawarkan hadiah wang tunai RM1,500 kepada juara dalam Pertandingan Kutipan Minyak Masak Terpakai.

MPKj dalam kenyataannya memberitahu, pertandingan itu terbuka kepada semua komuniti, persatuan penduduk dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di sekitar kawasan pentadbirannya.

“Penyertaan dibuka hingga 9 Ogos ini dan MPKj akan memulakan kutipan minyak masak terpakai ini antara 12 Ogos dan 11 November ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Borang pendaftaran boleh dimuat turun di laman web MPKj di www.mpkj.gov.my,” katanya.

Ujarnya, Naib juara akan menerima wang tunai RM1,000 manakala tempat ketiga (RM800).

“Turut menerima hadiah pemenang tempat keempat dan kelima, masing-masing menerima wang tunai RM500 dan RM300 selain piala serta sijil kepada semua pemenang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini