Imej satelit dedah Myanmar belum sedia terima kembali Rohingya - Utusan Malaysia

Imej satelit dedah Myanmar belum sedia terima kembali Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON 24 Julai – Myanmar dilaporkan telah membuat persiapan ‘minimum’ untuk penghantaran beratus ribu pelarian Muslim Rohingya yang berlindung di Bangladesh.

Lapor Reuters, perkara itu didedahkan oleh Institut Polisi Strategik Australia (ASPI) menerusi analisis imej satelit yang menunjukkan tiada tanda-tanda pembinaan semula penempatan untuk pelarian.

“Kemusnahan kawasan kediaman yang berterusan sepanjang 2018 dan 2019 – jelas dikesan menerusi analisis satelit kami, sekali gus menimbulkan persoalan serius tentang kesudian kerajaan Myanmar untuk memudahkan proses penghantaran pulang yang selamat dan teratur,” kata salah seorang penyelidik di Pusat Polisi Siber Antarabangsa ASPI, Nathan Ruser dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lebih 700,000 orang etnik Muslim Rohingya terpaksa melarikan diri ketika operasi penghapusan etnik di negeri Rakhine pada 2017. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini