KUALA TERENGGANU 24 Julai – Majlis Pimpinan PKR Terengganu hari ini melaungkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Majlis pimpinan PKR negeri itu yang diterajui Pengerusinya, Azan Ismail memberi sokongan sebulat suara menyatakan ikrar taat setia serta menyokong penuh Anwar untuk terus mengetuai parti berkenaan.
Dalam senarai 20 ahli jawatankuasa majlis pimpinan PKR negeri itu menyaksikan 29 daripadanya menyatakan sokongan mereka kecuali seorang kerana menunaikan ibadat Haji.
“Bahawa kami menyatakan komitmen dan terus berdiri teguh menyokong serta membantu YB Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan,” katanya dalam kenyataan ringkas menerusi aplikasi whatsapp. – UTUSAN ONLINE











