Manifestasi rakyat memahami Institusi Raja-Raja, Yang di-Pertuan Agong - Utusan Malaysia

Manifestasi rakyat memahami Institusi Raja-Raja, Yang di-Pertuan Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 24 Julai – Seluruh rakyat Malaysia diharap dapat bersama dalam menghayati Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan menghadiri acara-acara yang dianjurkan sempena istiadat berkenaan bermula esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof berkata, ia merupakan manifestasi untuk rakyat lebih memahami dan menghormati institusi Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, ini kerana institusi Yang di-Pertuan Agong perlu dijadikan payung kedaulatan negara, tidak sekadar simbol perpaduan malah lebih daripada itu iaitu sebagai lambang kestabilan dan kemegahan negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya menyeru kepada semua pihak termasuk kementerian, agensi serta pihak swasta bagi menyemarakkan istiadat pertabalan ini dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang berkonsepkan menginstitusikan institusi Yang Dipertuan Agong dalam kalangan warga organisasi masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar berhubung acara-acara sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI di Kompleks Islam Putrajaya di sini hari ini.

Tambah Mujahid, semua lapisan masyarakat boleh mengambil bahagian dengan hadir ke Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Solat Hajat esok di Masjid Negara dan Pameran Raja Kita yang diadakan di Muzium Diraja, Kuala Lumpur dari 5 Ogos hingga 4 November depan.

“Saya juga ingin syorkan kepada sekolah-sekolah terutama di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk membawa rombongan pelajar sekolah pergi ke Pameran Raja Kita bagi memberikan mereka pendedahan tentang sejarah institusi Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini