‘Kalau tahu siapa dalang, beritahu pihak berkuasa’ - Utusan Malaysia

‘Kalau tahu siapa dalang, beritahu pihak berkuasa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 24 Julai – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari yang memaklumkan tahu siapa dalang isu penyebaran video seks sejenis dikaitkan dengan Timbalan Presiden PKR itu perlu mendedahkan maklumat serta bukti itu kepada pihak berkuasa.

Naib Pengerusi PKR Perlis, Noor Amin Ahmad berkata, dalam apa sahaja isu, sekiranya mereka merasakan ada bukti dan yakin dengan maklumat tersebut, maka perlulah berkerjasama dengan pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

“Dalam ucapan mereka (Mohamed Azmin dan Amirudin) baru-baru, kita tidak dengar pun nama siapa yang mereka sebutkan (dalang penyebaran video seks sejenis).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi pemerhati dan pengamal politik mungkin mereka boleh bayangkan nama yang Mohamed Azmin dan Amirudin gambarkan itu iaitu pihak yang terbabit adalah Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Bagi saya jika nama tidak disebut itu, tidak bolehlah kita buat sebarang spekulasi.

“Tetapi sekiranya mereka bermaksudkan Anwar, ia perlu dilakukan mengikut proses undang-undang yang wajarlah. Kalau kita hanya buat tuduhan liar di luar, tidak berani sebut nama, kita hanya menimbulkan satu suasana yang tidak sihat,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian kempen lebihkan makan buah-buahan tempatan peringkat sekolah negeri ini di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Lailatul Shahreen di sini, hari ini.

Mohamed Azmin ketika berucap pada majlis kesyukuran dan doa selamat di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor baru-baru ini memaklumkan bahawa beliau tahu siapa dalang di sebalik penyebaran video yang dikaitkan dengan dirinya.

Amirudin juga dilaporkan telah memberi bayangan seolah-olah beliau tahu siapa dalang kepada penyebaran video seks sejenis yang dikaitkan dengan Mohamed Azmin.

Dalam ucapannya pada majlis doa selamat dan kesyukuran terhadap Mohamed Azmin itu, Amirudin turut memberi bayangan bahawa dalang tersebut adalah mereka yang pernah melalui zaman pahit ketika isu skandal serupa timbul 20 tahun dahulu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini