10 pemenang IWK terima dua tiket ke Paris - Utusan Malaysia

10 pemenang IWK terima dua tiket ke Paris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Julai – Sebanyak 10 orang pemenang berjaya membawa pulang dua tiket penerbangan ke Paris dalam Peraduan Bayar dan Menang pusingan pertama anjuran Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd.

IWK dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, pemenang bagi peraduan yang berlangsung dari awal tahun hingga 31 Mei yang lalu itu dipilih menerusi sistem pilihan rawak secara berkomputer dan telah diaudit.

Katanya, pemenang tersebut diraikan dalam satu majlis yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Encik Faizal Othman dan Ketua Pegawai Operasi IWK, Ir Mohamed Haniffa Abdul Hamid baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Peraduan Bayar dan Menang telah dianjurkan sejak 2018, sebagai salah satu kempen bagi menggalakkan pembayaran bil perkhidmatan pembetungan sekali gus menghargai para pelanggan yang setia menyokong perkhidmatan IWK.

“Pelanggan IWK telah dimaklumkan mengenai peraduan ini melalui bil perkhidmatan pembetungan selain pengumuman melalui laman web www.iwk.com.my dan sosial media,” katanya.

IWK berkata, pada pusingan pertama peraduan ini, lebih daripada 8,000 penyertaan telah diterima dan dijangka lebih ramai lagi pelanggan IWK akan menyertai pusingan kedua yang telah bermula sejak 1 Jun lalu dan akan berakhir pada 30 September ini.

“Cara penyertaan untuk peraduan ini sangat mudah iaitu pelanggan hanya perlu menjelaskan bil perkhidmatan pembetungan IWK (tunggakan sifar), mendaftar IWK e-Bill dan melengkapkan borang peraduan di https://www.iwk.com.my/bayardanmenang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini