Majlis Sua Kasih Dar Assaadah MAIWP ketengah acara masakan, gubahan - Utusan Malaysia

Majlis Sua Kasih Dar Assaadah MAIWP ketengah acara masakan, gubahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Julai – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan mengadakan Majlis Sua Kasih Dar Assaadah MAIWP 2019 sebagai usaha membina keyakinan diri dalam kalangan pelatih pusat kebajikan dan perlindungan wanita itu.

MAIWP dalam kenyataan di sini hari ini berkata, program itu akan diadakan di Dar Assaadah MAIWP, Kampung Batu 5, Jalan Ipoh di sini, esok.

Katanya, program yang bermula dari pukul 8.30 pagi itu turut dimeriahkan dengan kehadiran isteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Seri Zuraida Husin.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam program ini, para pelatih Dar Assaadah dan dua buah lagi institusi perlindungan jemputan akan menunjukkan bakat dan kemahiran mereka dalam acara gubahan dan masakan,” katanya.

MAIWP berkata, Dar Assaadah merupakan sebuah pusat kebajikan dan perlindungan yang menempatkan wanita-wanita yang terjebak dalam gejala sosial dan mengandung luar nikah.

“Di sini para pelatih akan diberi kelas bimbingan agama, kemahiran dan pemulihan agar mereka tidak kembali kepada kehidupan silam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini