50 notis peringatan dikeluarkan MBJB - Utusan Malaysia

50 notis peringatan dikeluarkan MBJB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 24 Julai – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) hari ini mengeluarkan sebanyak 50 notis peringatan kepada pemilik premis termasuk kiosk di pusat beli-belah Angsana Johor Bahru Mall.

Notis peringatan selama 14 hari itu dikeluarkan MBJB kepada premis tidak berlesen dalam satu operasi yang dijalankan pihaknya di pusat beli-belah itu di sini sebentar tadi.

ABDUL MALIK ISMAIL
ABDUL MALIK ISMAIL 

Setiausaha MBJB, Abdul Malik Ismail berkata, pihaknya memeriksa sebanyak 266 premis dalam operasi yang disertai seramai 30 pegawai dan anggota pengkuat kuasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Daripada 266 premis diperiksa, kita telah mengeluarkan notis peringatan kepada 50 premis sama ada untuk mendapatkan lesen atau memperbaharui lesen perniagaan mereka.

 

“Apa yang dikesalkan ada penyewa kiosk yang telah berniaga selama 10 tahun namun tidak berlesen, ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan selepas menyertai operasi tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini