Isu pertahanan, perdagangan antara yang akan dibincang Mahathir, Erdorgan - Utusan Malaysia

Isu pertahanan, perdagangan antara yang akan dibincang Mahathir, Erdorgan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA – Isu hubungan antarabangsa, pertahanan, perdagangan dan pelaburan merupakan antara perkara yang akan dibincangkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan sewaktu lawatan rasmi Mahathir ke Turki bermula Rabu.

Duta Besar Malaysia ke Turki, Datuk Abd Razak Abdul Wahab berkata, pertemuan empat mata antara Mahathir dan Erdogan diikuti mesyuarat delegasi kedua-dua negara akan berlangsung di Istana Presiden di sini sewaktu hari kedua daripada empat hari lawatan Perdana Menteri.

Katanya, sewaktu lawatan ke Turki, Perdana Menteri diiringi tiga menteri iaitu Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ignatius Darell Leiking

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perkara dibincang mungkin berkaitan hubungan antarabangsa seperti isu-isu serantau selain isu Palestin dan Rohingya.

“Selain itu, soal pertahanan dan industri pertahanan juga mungkin turut dibincangkan. Ini kerana Turki terkenal dan ada kekuatan dalam industri pertahanan,” katanya kepada wartawan Malaysia ketika ditemui di kediaman rasmi Duta Besar Malaysia ke Turki di sini pada malam Selasa. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini