Bekas pengarah YBNT didakwa lagi - Utusan Malaysia

Bekas pengarah YBNT didakwa lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Julai – Selepas didakwa atas 76 pertuduhan menipu pakej umrah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu minggu lalu, bekas Pengarah Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT) sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang dekat sini atas satu pertuduhan sama.

Mohd. Adam Mohd. Ghazali, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan berkenaan selesai dibacakan dihadapan Majistret Haslinda A. Raof.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa telah menipu seorang jurutera, Ahmad Syahir Yusoff @ Abdul Manaf, 38, untuk membuat pembayaran wang pendahuluan RM6,000 ke dalam akaun Bank Muamalat (M) Berhad milik YBNT Umrah Travel yang diuruskan tertuduh kononnya untuk urusan pakej umrah yang sebenarnya tidak wujud.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di Jalan AU4/4, Taman Seri Keramat Tengah, Hulu Kelang dekat sini, 16 November 2016.

Pertuduhan tersebut dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, S. Sangitaa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini