Inkues Adib: Dua isu komital AG didengar 9 Ogos - Utusan Malaysia

Inkues Adib: Dua isu komital AG didengar 9 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 24 Julai – Mahkamah Koroner di sini hari ini menetapkan 9 Ogos depan untuk pendengaran dua isu berbangkit membabitkan permohonan perintah hina mahkamah terhadap Peguam Negara,Tommy Thomas yang difailkan oleh bapa, Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Dua isu tersebut ialah setakat mana Peguam Negara boleh memberi pandangan atau hujahan secara ex-parte (sebelah pihak) dan boleh atau tidak dua afidavit oleh Peguam Negara dan pegawai pengendali terdahulu yang difailkan sebelum ini diterima.

Pada 16 Julai lalu, Mohd. Kassim Abdul Hamid, 64, memfailkan permohonan komital secara terhadap Tommy atas dakwaan Peguam Negara telah menghina mahkamah afidavit yang difailkan oleh Jabatan Penguam Negara pada 3 April lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam permohonan komital tersebut, peguam, Mohamed Haniff Khatri dan Abdul Rahim Sinwan mewakili pihak keluarga sementara Peguam Kanan Persekutuan, S. Narkunavathy dan Mankiranjit Kaur Mehinder Singh mewakili Pejabat Peguam Negara.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini