Barangan tiruan RM1.29 juta dilupuskan KPDNHEP Selangor - Utusan Malaysia

Barangan tiruan RM1.29 juta dilupuskan KPDNHEP Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor telah melupuskan pelbagai barangan tiruan bernilai RM1.29 juta pada tahun ini. 

Pengarahnya, Muhammad Zikril Azan Abdullah berkata, pelupusan barangan itu membabitkan 107 kes bermula Januari hingga bulan ini.

Katanya, antara barangan yang dilupuskan termasuk beg tangan, pakaian, kasut, produk kesihatan dan peralatan alat ganti kenderaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua barangan tiruan ini dipercayai diperoleh daripada negara seperti China dan Thailand.

“Berdasarkan hasil siasatan mendapati barangan tiruan ini dipasarkan menerusi perniagaan atas talian dan berselindung di sebalik barangan tulen,” katanya pada sidang akhbar selepas melupuskan barangan eksibit di sini hari ini.

Menurut beliau, pelupusan barangan itu dilakukan selepas mendapat perintah mahkamah terhadap kes yang telah selesai menjalani proses mahkamah.

Ujar Muhammad Zikril, kesemua barangan yang diluluskan adalah kes rampasan barangan yang melibatkan Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Hak Cipta 1987, Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993.

“Pada hari ini, pelupusan melibatkan 19 kes dengan nilai RM188,664.

“Kita memberikan amaran kepada mana-mana peniaga untuk tidak terlibat menjual barangan tiruan ini dan menasihatkan orang ramai agar tidak membeli barangan tiruan sebagai inisiatif melindungi hak intelek pemilik asal cap dagang,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini