Guan Eng jangan angkuh, tunai janji kepada Sabah, Sarawak - Utusan Malaysia

Guan Eng jangan angkuh, tunai janji kepada Sabah, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sombong dan angkuh sungguh apabila Menteri Kewangan, Lim Guan Eng meminta Kerajaan Negeri Sarawak untuk membayar hutang terlebih dahulu sebelum beliau bagi peruntukan pembaikan sekolah daif di Sarawak.

Guan Eng selalu sangat mengeluarkan kenyataan bodoh seperti itu. Sebelum ini Guan Eng mengatakan Sarawak akan bankrap.

Tahun pertama Guan Eng memberitahu, beliau telah mengambil RM82 bilion daripada Petronas. Saya pasti kebanyakan daripada duit RM82 bilion itu datangnya daripada keuntungan Petronas di perairan Sarawak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sejurus tamat Temu Rapat (Retreat) politik DAP Kebangsaan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu, Guan Eng dengan lantang mengumumkan bahawa kalau Pakatan Harapan (PH) menang PRU-14, mereka akan memberi keadilan kepada Sabah dam Sarawak yang kononnya dianaktirikan oleh Barisan Nasional (BN). Malah Guan Eng terang-terangan mengatakan beliau bersetuju Sabah dan Sarawak diberikan 20 peratus royalti minyak!

Pada 26 Julai 2018, The Edge Markets menyatakan jumlah 5 peratus royalti minyak Sarawak ialah RM1.58 bilion. Ini bermakna tambahan 15 peratus yang dijanjikan oleh Guan Eng dan manifesto PH berjumlah RM4.74 bilion. Untuk Sabah pula jumlah 5 peratus royalti minyak berjumlah RM1.32 bilion dan tambahan 15 peratus pula berjumlah RM3.96 bilion!

Guan Eng sepatutnya tidak perlu meminta Sarawak membayar hutang dahulu sebelum meluluskan peruntukan pembaikan sekolah daif di Sarawak. Begitu juga dengan Sabah. Guan Eng perlu tunaikan janji untuk memberi tambahan 15 peratus royalti minyak (RM3.96 bilion) kepada Sabah juga.

Sebagai Menteri Kewangan, tunaikan janjinya dahulu untuk membayar tambahan royalti minyak 15 peratus atau RM4.74 bilion kepada Sarawak. Bukan saja pembaikan sekolah daif dapat dilaksanakan, hutang Sarawak kepada Kerajaan Pusat pun akan dapat dilangsaikan sepenuhnya.

Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO

Atikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pendirian Utusan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini