IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang dijangiti kuman pada tisu di kaki kirinya selesai menjalani pembedahan di sebuah hospital di sini semalam.
Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan berkata, Ahmad Faizal akan terus berada di hospital tersebut bagi menjalani rawatan susulan iaitu rawatan antibiotik.
“Pembedahan yang dijalankan malam tadi berjaya dan beliau perlu terus berada di hospital bagi menjalan rawatan antibiotik.
“Beliau dinasihatkan doktor untuk terus berehat selama lima hari bagi meredakan bengkak di kaki yang terkena jangkitan,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu semalam, Ahmad Faizal dilihat menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan menggunakan topang ketiak sekali gus menyertai sesi soalan lisan. – K! ONLINE











