Perak akui laluan semakin sukar - Utusan Malaysia

Perak akui laluan semakin sukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELUANG pasukan Perak untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia kelihatan sukar selepas diundi dalam ‘kumpulan maut’ bersama tiga pasukan berstatus negeri, Pahang, Pulau Pinang dan juara baharu Liga Premier, Sabah dalam saingan Kumpulan C.

Ketua jurulatih skuad The Bos Gaurus, Mehmet Durakovic mengakui ‘pening kepala’ dengan undian tersebut memandangkan Pahang selaku naib juara Liga Super adalah pasukan yang berkua­liti selain dua wakil Liga Premier, Sabah dan Pulau Pinang.

“Saya percaya mempertahankan kejuaraan lebih sukar daripada memenangi kejuaraan buat pertama kali. Situasi ini tidak banyak berubah tetapi misi pasukan tetap sama iaitu menjuarai Piala Malaysia buat kali kedua.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Secara keseluruhan, ia adalah cabaran yang getir buat Perak tetapi dan saya me­nuntut komitmen penuh daripada barisan jurulatih serta pemain.

“Mengenai undian, saya menganggap Perak berada dalam kumpulan sukar kerana semua mengetahui kualiti Pahang, manakala Sabah merupakan juara Liga Premier dan tahap permainan Pulau Pinang mungkin setanding dengan pasukan Liga Super,” katanya.

Sebagai rekod, Perak berjaya memenangi trofi Piala Malaysia dengan penuh dramatik apabila menewaskan Terengganu Footbal Club I (TFC I) 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 3-3 dalam tempoh 120 minit di Stadium Shah Alam.

Sementara itu, pemangku ketua jurulatih TFC I, Mohd. Nafuzi Mohd. Zain tidak mahu pasukannya dilabel sebagai pilihan selepas diundi dalam Kumpulan A bersama pasukan Kedah, Negeri Sembilan dan PKNS FC.

“Saingan Piala Malaysia berbeza cabarannya berbanding Liga Super. Sukar untuk mengatakan kami adalah pilihan memandangkan pasukan Kedah dan PKNS cukup kuat selain wakil Liga Premier, Ne­geri Sembilan yang tidak boleh dipandang mudah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini