Peluang orang kota mendekati budaya Orang Asal - Utusan Malaysia

Peluang orang kota mendekati budaya Orang Asal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 23 Julai- Kehidupan Orang Asal yang tinggal di kawasan hutan jauh dari hiruk-pikuk kota menyebabkan budaya dan cara hidup mereka tidak difahami masyarakat kota.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari,bagi mencapai objektif untuk memperkenalkan budaya masyarakat Orang Asal kepada warga kota pihaknya bakal menganjurkan Selangor International Indigenous Arts Festival (SIIAF) 2019 di Taman Botani Negara Shah Alam di sini pada 3 dan 4 Ogos depan.

“Edisi tahun ini kita adakan pada skala yang lebih besar. Justeru kita ingin menjemput orang ramai untuk melihat sendiri karya seni Orang Asal dalam satu acara besar menghubungkan golongan tersebut dengan warga kota.

Memuatkan artikel berkaitan…

“SIIAF 2019 adalah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor untuk memelihara permata negeri Selangor ini iaitu kaum Orang Asal yang masih mengekalkan ciri-ciri kesenian dan kebudayaan mereka dalam era teknologi moden, “katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran SIIAF 2019 di sini hari ini.

Abdul Rashid berkata, selain pameran kebudayaan Orang Asal, pihaknya turut menganjurkan larian, Recreational Orang Asal Run (ROAR) 2019 yang akan berlangsung pada 4 Ogos depan.

Katanya lagi, apa yang lebih menarik edisi kali ini menampilkan kebudayaan Orang Asal dari negara Afrika, Papua New Guinea, Korea Selatan, Indonesia, Sri Lanka dan Chinese Taipei.

“Pengunjung boleh melihat budaya Orang Asal dari luar dari aspek pakaian tradisional, karya seni,kraf, bahasa malahan melihat sendiri mereka beraksi secara langsung.

“Datanglah beramai-ramai kerana berbagai acara seperti acara makan buah, pameran foto dan karya seni dipaparkan. Ambillah peluang mendekati Orang Asal terutama warga kota di Shah Alam ini, “katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini