WASHINGTON 24 Julai – Kapal perang Amerika Syarikat (AS) mungkin telah menembak jatuh dua dron Iran di Teluk, pada minggu lalu.
Ketua Pemerintah Sentral (CENTCOM), Jeneral Kenneth McKenzie berkata kepada CBS news, mereka yakin telah menembak jatuh satu dron dan mungkin juga dron kedua.
Sementara itu, jurucakap CENTCOM, Leftenan Kolonel Earl Brown memberitahu, kapal perang mereka telah melakukan ‘tindakan bertahan’ selepas ‘interaksi agresif oleh dua dron Iran di perairan antarabangsa’. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











