BANGI – Satu jawatankuasa kini sedang melakukan analisa sama ada wujud keperluan untuk melakukan proses penempatan semula di Pasir Gudang, Johor rentetan dua insiden pencemaran di kawasan itu.
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin (gambar) berkata, jawatankuasa yang merangkumi pakar dalam pelbagai bidang termasuk bahan kimia, tanah, sungai, gas dan alam sekitar dijangka dapat menyiapkan laporan dalam tempoh lima minggu.
Bee Yin berkata, analisis mengenai kedudukan sekolah dan kilang perlu dibuat sebelum diserahkan kepada Kerajaan Negeri Johor bersama cadangan penempatan semula untuk langkah selanjutnya.
Memuatkan artikel berkaitan…











