NAIROBI 23 Julai – Seorang anggota polis dan tiga nelayan terbunuh dalam insiden tembak-menembak antara pasukan keselamatan dan nelayan ketika menangkap ikan secara haram di Tasik Victoria, di sini hari ini.
AFP yang memetik sumber rasmi sebagai berkata, polis terpaksa melepaskan tembakan apabila kumpulan itu mula bertindak ganas. -AFP











