Bukan mudah pertahankan emas - Nurul Huda - Utusan Malaysia

Bukan mudah pertahankan emas – Nurul Huda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERI KEMBANGAN – Atlet berstatus juara kini berdepan misi lebih mencabar untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada Sukan SEA Filipina, November ini.

Timbalan Ketua Kontinjen negara ke temasya dwi tahunan itu, Nurul Huda Abdullah berkata, sebagai juara bertahan, sudah pastinya atlet ataupun dalam acara berpasukan menjadi tumpuan lawan di gelanggang pertandingan.

Katanya, pasukan ragbi tujuh sepasukan (7s) dan skuad bola jaring khususnya bakal berdepan cabaran lebih getir untuk mempertahankan pingat emas masing-masing kerana negara pesaing dalam sukan masing-masing pasti melakukan persiapan rapi untuk berdepan Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi atlet yang pergi bertanding buat pertama kali, mereka tidak bimbang kerana tiada pengharapan daripada sesiapa melainkan diri sendiri dan jurulatih.

“Tetapi bila anda pergi sebagai juara bertahan, pasukan lain berusaha untuk menumpaskan mereka. Jadi mereka perlu bergerak satu langkah ke hadapan bagi membolehkan mereka pertahankan gelaran,” katanya kepada pemberita selepas melawat persiapan skuad ragbi 7s dan bola jaring negara di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.

Untuk rekod, skuad ragbi 7s Skuad ragbi negara mencipta sejarah terbesar dalam penyertaan Sukan SEA apabila meraih emas buat kali pertama menerusi pasukan lelaki tujuh sepasukan pada edisi 2017 di Kuala Lumpur.

Dalam aksi final KL2017, skuad ragbi 7s negara menewaskan musuh tradisi Singapura 22-7. Sebelum ini, belum pernah skuad lelaki negara memenangi pingat emas terutama dalam acara tujuh sepasukan sekali gus mengakhiri kemarau bertahun-tahun lamanya.

Pasukan bola jaring negara turut mencipta sejarah tersendiri apabila menamatkan kemarau meraih pingat emas selepas 16 tahun dalam temasya Sukan SEA selepas menang besar ke atas Singapura 65-41. – BERNAMA



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini