Guardiola bidas kenyataan Xinhua - Utusan Malaysia

Guardiola bidas kenyataan Xinhua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pep Guardiola membidas kritikan media China yang mendakwa Manchester City sebagai pasukan yang tamak dan sombong.

Agensi berita Xinhua menuduh City yang juga juara Liga Perdana Inggeris sebagai tidak menghormati negara itu semasa lima hari berada di China dengan mendakwa Guardiola enggan meluangkan masa bersama peminat.

City juga dituduh hanya mementingkan wang semata-mata dan tidak mempedulikan tentang perkara lain. Pengendali City itu kemudiannya membalas kritikan itu semasa sidang akhbar di Hong Kong untuk aksi kedua jelajah pra musim.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak setuju dan ke­nyataan ini salah. Mereka perlu tahu apa sebenarnya yang berlaku di dalam kelab ini sebelum membuat sebarang ke­nyataan. Saya kagum dengan pemain saya setakat ini. Saya tidak setuju dengan wartawan berkenaan kerana ini bukan realiti sebenar.

“Kami komited dalam memberikan kerjasama sepanjang berada di China. Kami sedia lakukan apa yang diminta.

“Kami berbangga dengan apa yang kami lakukan termasuk bahagian pemasaran, mereka yang menganjurkan jelajah ini. Mungkin tahun hadapan atau dua tahun lagi kami akan kembali ke China sekiranya kelab ini mahu kembali,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini