Legenda pemain TRW sedih Kelantan gagal ke Piala Malaysia - Utusan Malaysia

Legenda pemain TRW sedih Kelantan gagal ke Piala Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Legenda The Red Warriors (TRW), Mohd. Hashim Mustapa mengakui sedih setelah melihat Kelantan gagal melangkah ke saingan Piala Malaysia, musim ini.

Tanpa berselindung, Mohd Hashim mengakui saingan itu seolah-olah ‘kurang serinya’ tanpa kehadiran bekas juara musim 2010 dan 2012 tersebut.

“Inilah julung kalinya Kelantan gagal ke saingan paling berpestij dalam arena bola sepak tempatan sepanjang tempoh 2008-2019. Sebagai pemain, kegagalan ini merupakan satu kerugian besar buat pasukan dan barisan muda Kelantan,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penyerang yang digelar ‘The Golden Boy’ oleh majalah bola sepak Singapura itu memberitahu, setiap kali beraksi dalam saingan itu, Kelantan jarang gagal memelepasi saingan peringkat awal.

Katanya, paling tidak Kelantan akan melangkah ke suku akhir.

Mohd. Hashim berkata, dia berharap pemain Kelantan dapat memberikan aksi terbaik dalam saingan Piala Cabaran nanti.

Katanya, saingan itu merupakan platfrom terbaik buat pemain untuk mengubat kedukaan gagal ke Piala Malaysia.

“Saya harap pemain kekal fokus bagi memastikan Kelantan merangkul kejayaan itu nanti,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini