Kean Koo pertahan kedudukan Khairy - Utusan Malaysia

Kean Koo pertahan kedudukan Khairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Setiausaha Kehormat Persatuan Ragbi Kerusi Roda Malaysia (MWRF), Dr. Ang Kean Koo kesal dengan tindakan seorang ahli jawatankuasanya iaitu M. Vedagiri apabila mempersoalkan pelantikan Khairy Jamaluddin selaku Timbalan Presiden badan induk tersebut.

Kean Koo berkata, Vedagiri sendiri tidak hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang bertarikh 3 Mac lalu di mana bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy dilantik sebagai Timbalan Presiden MWRF yang dikosongkan sejak November 2018.

“Oleh yang demikian, saya berasa amat kesal dengan tindakan Vedagiri yang mengeluarkan kenyataan tidak berasas mengenai pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai Timbalan Presiden MWRF di mana beliau mendakwa telah menghadiri mesyuarat pada 21 April sedangkan mesyuarat yang dinyatakan itu tidak wujud,” kata Kean Koo dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan kedudukan Khairy sebagai Timbalan Presiden MWRF mencetuskan tanda tanya apabila namanya ‘diselitkan’ secara tiba-tiba di dalam pucuk pimpinan badan induk itu untuk tahun 2019.

Vedagiri tampil mendakwa bahawa AGM bagi memilih pucuk pimpinan bagi penggal 2018/2019 tahun lalu pada asalnya tidak melibatkan Khairy.

“MWRF telah mengadakan AGM pada awal tahun lalu di mana mandat telah diberikan kepada individu terpilih untuk memimpin kami bagi 2018 sehingga 2019. Bagaimanapun, senarai itu bertukar sekelip mata tahun ini apabila berlaku perubahan pucuk pimpinan, walaupun tanpa pengetahuan saya sendiri yang juga ahli jawatankuasa MWRF,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini