LIBREVILLE 23 Julai – Bekas Ahli Parlimen, Bertrand Zibi Abeghe dihukum penjara enam tahun atas pertuduhan mencetuskan keganasan pada pasca pilihan raya negara itu.
AFP melaporkan, selain pertuduhan itu, Mahkamah Jenayah Libreville turut mendapati tertuduh bersalah atas kesalahan memiliki senjata api secara haram.
Peguam tertuduh, Charles-Henri Gey memberitahu, Zibi Abeghe akan mengemukakan rayuan atas hukuman terhadapnya.
Memuatkan artikel berkaitan…
Terdahulu, pihak pendakwaan memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya 10 tahun ke atas tertuduh memandangkan kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh serius dan boleh mencetuskan huru-hara di negara. -AFP











