4 kanak-kanak maut dalam kebakaran kem musim panas - Utusan Malaysia

4 kanak-kanak maut dalam kebakaran kem musim panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 23 Julai – Sebanyak empat kanak-kanak terbunuh apabila kebakaran melanda kem musim panas di timur jauh Rusia, hari ini.

Kebakaran itu berlaku di kem persendirian kanak-kanak dekat bandar Komsomolsk-on-Amur di wilayah Khabarovsk, memusnahkan 20 khemah dan mengorbakan seorang kanak-kanak perempuan pada hari ulang tahun ke-11 mangsa.

Jurucakap pihak berkuasa daerah, Nadezhda Tomchenko berkata, dua lagi budak perempuan mengalami kesan kebakaran teruk dan meninggal dunia di hospital.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Empat kanak-kanak menjadi mangsa kebakaran,” kata Jawatankuasa Siasatan dalam satu kenyataan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini