KUALA LUMPUR 23 Julai – Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd. (MHB) meraih kontrak bagi kerja-kerja Kejuruteraan, Perolehan, Pembinaan, Pemasangan dan Pengoperasian (EPCIC) bagi projek Pembangunan Gas Kasawari.
Kontrak itu diperoleh menerusi anak syarikat milik penuh MHB, Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn. Bhd. (MMHE) daripada Petronas Carigali Sdn. Bhd. (PCSB).
“Kontrak EPCIC melibatkan pembinaan 47,000 tan platform pemprosesan pusat (CPP), 8,600 tan platform kepala telaga (WHP) dan struktur nyala, beserta dua jambatan yang menghubungkan CPP kepada WHP dan struktur nyala tersebut.
“Kontrak itu turut melibatkan pengangkutan dan pemasangan salur paip sepanjang 85 kilometer yang menghubungkan CPP Kasawari kepada platform E11R-A yang sedia ada,” menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini. – BERNAMA











