MOSCOW 23 Julai – Tiga kanak-kanak maut dan seorang lagi kritikal dalam kebakaran di kem musim panas di Khabarovsk, pagi tadi.
Menurut jurucakap pihak berkuasa wilayah, Nadezhda Tomchenko, kebakaran tersebut berlaku dalam kem perkhemahan kanak-kanak swasta yang memusnahkan 20 khemah dan seorang kanak-kanak wanita berusia 11 tahun maut.
Katanya, dua kanak-kanak perempuan yang mengalami kebakaran teruk kemudian mati di hospital.
“Seorang buduk lelaki pula ‘berada dalam keadaan kritikal dan sedang bertarung nyawa,” katanya. – AFP











