Penagih dadah miliki senapang angin ditahan - Utusan Malaysia

Penagih dadah miliki senapang angin ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL 23 Julai – Seorang penagih dadah berusia 40 tahun ditahan polis kira-kira pukul 2.30 petang semalam kerana memiliki selaras senapang angin di rumahnya di Bandar Seri Jempol.

Ketua Polis daerah, Superintenden Muhd Nur Hishamuddin Hashim berkata, senapang angin jenama Tippman X7 Phenom itu ditemukan disimpan di dalam sebuah beg di sebelah peti sejuk di rumah itu.

Jelas beliau, polis melakukan serbuan ke atas rumah itu selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan mendapati suspek tidak memiliki lesen atau permit senjata api. Suspek disyaki membeli senjata itu daripada rakannya pada harga RM400,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Muhd Nur. Hishamuddin berkata, polis turut merampas 30 butir bebola besi dipercayai peluru senapang angin berkenaan.

Selain itu, kata beliau, polis merampas satu tong gas warna kuning, satu hos tekanan serta satu pencuci laras daripada suspek.

Tambah beliau, suspek mempunyai rekod jenayah membabitkan dadah dan ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah methaphetamine.

“Suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960 ,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini