585 pegawai peroleh sijil percukaian - Utusan Malaysia

585 pegawai peroleh sijil percukaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Julai – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terus berusaha melahirkan lebih ramai pakar percukaian selepas 585 pegawainya telah berjaya menamatkan pengajian percukaian sekali gus menepati usaha memastikan keberkesanan sistem percukaian negara.

585 pegawai LHDN itu telah diiktiraf dalam Majlis Konvokesyen Ke-5 Akademi Percukaian Malaysia (APM) selepas menamatkan pengajian dalam kursus Diploma Lanjutan Percukaian Profesional (DLPP), Certified Tax Investigator Programme (CTIP) dan Sijil Saintis Data.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah memberitahu pemerkasaan kemahiran teknikal pegawai LHDN amat penting supaya segala isu yang diutarakan pembayar cukai dapat diselesaikan secara jelas, teratur dan profesional.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hal berkenaan, menurut Sabin dapat mendokong usaha LHDN untuk lebih cemerlang sebagai pentadbir cukai terunggul yang menyumbang kepada pembangunan negara.

“Majlis konvokesyen ini juga merupakan simbolik kepada usaha LHDN dalam melahirkan pegawai-pegawai yang kompeten serta mahir dalam aspek teknikal percukaian yang semakin mencabar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini