Maszlee pengerusikan Perbincangan Serantau Masa Depan Pendidikan - Utusan Malaysia

Maszlee pengerusikan Perbincangan Serantau Masa Depan Pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Julai – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mempengerusikan Persidangan Majlis Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEC) kali ke-50 yang berlangsung selama empat hari di Bandar Sunway di sini hari ini.

Persidangan itu dihadiri menteri-menteri pendidikan, pegawai tinggi kerajaan dan wakil rasmi dari kesemua 11 negara anggota Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO), negara anggota bersekutu, ahli gabungan, Pusat SEAMEO Serantau dan rakan strategik.

Dalam persidangan kali ini, Maszlee berkata, SEAMEO akan mengetengahkan isu perubahan landskap pendidikan bagi menyokong pembangunan daripada sudut ekonomi dan sosial.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, selama tempoh 50 tahun sebelum ini, SEAMEO telah membuktikan keberkesanannya dalam menyediakan pendidikan yang terbaik, sains dan budaya dalam memperbaiki kehidupan penduduk di Asia Tenggara menerusi tujuh bidang keutamaan sektor pendidikan yang merentas 26 pusat di seluruh rantau itu.

“Persidangan SEAMEC kali ke-50 ini menandakan peristiwa penting dalam sejarah SEAMEO yang merupakan forum pendidikan serantau tertua di Asia Tenggara. Dalam keadaan kita mempersiapkan SEAMEO bagi tempoh 50 tahun akan datang, diharapkan ini adalah masa terbaik untuk melakukan persiapan dan menyemak kembali kerja yang telah dilakukan sebelum ini,” katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian SEAMEC di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Muhadjir Effendy yang merupakan Presiden SEAMEO. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini