TUDM terbangkan pesakit perlu pembedahan segera - Utusan Malaysia

TUDM terbangkan pesakit perlu pembedahan segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Julai – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini membuat penerbangan ihsan membawa seorang pesakit berumur 42 tahun yang menghidap penyakit saccular anterior communicating artery anuerysm dari Lapangan Terbang Tawau ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu bagi menjalani pembedahan segera di Hospital Queen Elizabeth II.

Roslan Marjan diterbangkan menggunakan pesawat milik TUDM jenis helikopter S61A-4 (Nuri) dari Lapangan Terbang Tawau ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu bagi menjalani pembedahan segera di Hospital Queen Elizabeth II. – UTUSAN ONLINE

TUDM dalam kenyataan berkata, pesakit, Roslan Marjan diterbangkan menggunakan pesawat milik TUDM jenis helikopter S61A-4 (Nuri).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pesawat dikendalikan oleh juruterbang, Mejar Muhamad Rusli Wan Sulaiman dan Kapten Ahmad Hazman Jaafar selaku pembantu juruterbang serta dibantu oleh dua kru.

“Pesawat berlepas pukul 9.25 pagi dan selamat mendarat pada pukul 10.45 pagi dan terus dibawa ke hospital menggunakan ambulan untuk menerima rawatan.

“Adalah menjadi tanggungjawab TUDM dalam memberi komitmen serta kesungguhan yang tinggi untuk memenuhi kebajikan masyarakat seumpama ini,” kata kenyataan itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini