Kempen beli produk Muslim tiada niat boikot produk bukan Muslim - Utusan Malaysia

Kempen beli produk Muslim tiada niat boikot produk bukan Muslim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Julai – Kempen Membeli Produk Muslim anjuran Gerakan Pembela Ummah (Ummah) dan Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) bukan berniat untuk memboikot produk bukan Muslim.

Pengerusi Ummah, Aminuddin Yahya berkata, kempen tersebut selain bertujuan membantu meningkatkan pendapatan peniaga Islam, ia juga bertujuan memberi alternatif lain kepada masyarakat Islam.

Menurutnya, lambakan produk tidak halal dalam pasaran semakin membimbangkan dan Ummah berpendapat sudah tiba masanya kempen berkenaan digerakkan bagi membendung masalah itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di luar sana banyak produk muslim yang kurang ruang untuk dipasarkan di pasar raya. Jadi kita mahu jadikan ini sebagai platform khas untuk mencari produk-produk muslim.

“Sebenarnya kita sudah dapat permintaan dari luar negara juga, potensi sangat besar. Pasarannya bernilai berbilion ringgit, kita mahu hasilkan ratusan jutawan peniaga Islam,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Kempen Membeli Produk Muslim dan menandatangani usahasama antara Ummah Kohilal – Ummah dan Abata di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini