11 laporan polis individu hina Nabi Muhammad SAW di Facebook - Utusan Malaysia

11 laporan polis individu hina Nabi Muhammad SAW di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 23 Julai – Polis menerima sebanyak 11 laporan berhubung hantaran seorang individu yang menggunakan nama Wendy Loong di dalam media sosial Facebook ‘Kiub Batu Itu Berhala’ yang menghina Nabi Muhamad SAW.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, laporan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan itu diterima sejak awal pagi tadi.

Katanya, menurut salah seorang pengadu, dia terbaca hantaran itu pada pukul 11.30 malam tadi lalu yang jelas menghina Nabi Muhammad SAW dan membuat laporan polis supaya siasatan dijalankan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tangkap layar hantaran dan akaun Facebook suspek telah tular dan dikongsi oleh orang ramai.

“Bagaimanapun, siasatan mendapati akaun Facebook itu sudah dipadamkan dan gagal dikesan namun kita masih berusaha mengesan suspek,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Che Zaimani, siasatan terhadap laman Facebook ‘Kiub Batu Itu Berhala’ mendapati ia merupakan kumpulan tertutup dan tidak boleh diakses.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini