KUALA LUMPUR 23 Julai – Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu yang ditahan berhubung kes rasuah melepaskan pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk dihantar ke depoh tahanan imigresen semalam direman dua hari bermula hari ini.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.
“Direman dua hari,” katanya ringkas tanpa mengulas siasatan kes berkenaan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Media sebelum ini melaporkan mengenai penahanan enam anggota polis serta Timbalan Pendakwa Raya dan peguam pada 17 Julai lalu kerana menerima rasuah.
Hasil penahanan itu, wang tunai RM17,500 turut ditemukan dipercayai wang suapan yang diterima mereka.
Kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 16(a)(b) Akta SPRM.-UTUSAN ONLINE











