Kanak-kanak 2 tahun minum arak - Utusan Malaysia

Kanak-kanak 2 tahun minum arak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 23 Julai – Rakaman video seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dipercayai meminum minuman keras dalam satu kejadian di daerah ini pagi kelmarin menjadi tular hingga mengundang kecaman warga maya.

Video berdurasi 31 saat tular melalui aplikasi WhatsApp yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki memakai baju berwarna merah sedang meneguk arak sambil dirakam orang dewasa dipercayai ahli keluarganya.

Berikutan itu, orang awam melaporkan kejadian kepada pihak polis mendakwa ahli keluarganya memaksa kanak-kanak itu minum minuman keras sebelum ahli keluarganya turut tampil membuat laporan menafikan insiden itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Asisten Komisioner Md. Yusof Ahmad berkata, siasatan awal pihaknya mendapati ibu bapa kanak-kanak tersebut memberitahu anak mereka meminum sendiri arak tersebut.

“Ibu bapa kanak-kanak ini beritahu anak dia ambil sendiri tin arak yang diletakkan di atas almari tempat ibadah di rumah mereka.

“Kanak-kanak ini ditinggalkan sendiri ketika kejadian, budak-budak dia ingatkan air coca-cola jadi dia minumlah,” katanya ketika ditemui di Taman Setia Tropika di sini semalam.

Md. Yusof berkata, pihaknya kini masih dalam siasatan berhubung kejadian ini namun tiada tangkapan dilakukan setakat ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini