Awang Besol disahkan mati - Utusan Malaysia

Awang Besol disahkan mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 23 Julai – Seekor Harimau Malaya yang ditemukan berkeliaran di Kampung Besol Lama, Bukit Besi, Dungun, Terengganu minggu lalu disahkan mati pada pukul 5.30 pagi tadi.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) dalam satu kenyataan memberitahu, Harimau Malaya yang dikenali dengan nama ‘Awang Besol’ itu disahkan mati di Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC), di Sungkai, Perak.

“Pemantauan rapi di NWRC pada 20 hingga 23 Julai lalu menunjukkan terdapat tanda-tanda klinikal neurologi iaitu tidak agresif, berpusing satu arah apabila berjalan, sawan dan tanda klinikal jangkitan saluran pernafasan iaitu nasal discaj.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keputusan virologi juga menunjukkan Awang Besol positif virus ‘Canine Distemper’ yang disebarkan oleh haiwan liar di kawasan ia dijumpai,” jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial, penduduk Kampung Besol Lama dikejutkan dengan kunjungan dua ekor harimau belang yang tersesat dan berkeliaran kira-kira pukul 3.30 petang, Khamis lalu.

Haiwan tersebut yang dilihat berada dalam kelaparan bagaimanapun tidak bertindak agresif dan penduduk kampung berjaya menghalaunya kembali ke hutan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini