ICFL platform baharu liga bawah 14 tahun - Utusan Malaysia

ICFL platform baharu liga bawah 14 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 23 Julai- Berita gembira buat pemain bola sepak bawah 14 tahun di negara ini apabila terdapat platform baharu iaitu Liga Antara Kelab Bola Sepak (ICFL) untuk mereka mengetengahkan bakat.

Presiden ICFL, Datuk Kamil Mokhtar berkata, liga itu dianjurkan bagi memperkasa bola sepak Malaysia dengan mencungkil dan membimbing pemain bagi membentuk pasukan negara melalui program liga bawah 14 tahun.

Beliau berkata, liga berkenaan yang mendapat tajaan sepenuhnya daripada syarikat 8ightplus Malaysia akan bermula pada September hingga November depan dengan membabitkan sebanyak 16 pasukan sekitar Lembah Klang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Liga ICFL akan bermula September hingga November depan. Sebelum ke liga utama itu, pasukan yang ingin menyertainya perlu melalui pusingan kelayakan terlebih dahulu kerana slot yang ditawarkan amat terhad.

“Pusingan kelayan pertama akan berlangsung pada 27 Julai ini membabitkan sebanyak 12 pasukan dan empat pasukan terbaik akan layak ke liga utama ICFL,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Kamil, dalam majlis undian bagi 12 pasukan yang bertanding pada pra kelayakan baru-baru ini, pihaknya juga turut memperkenalkan bekas pemain Selangor dan skuad kebangsaan, Shahril Arsat sebagai ikon ICFL.

“Untuk pusingan kelayakan pada 27 Julai ini, penganjur menyediakan hadiah wang tunai bagi juara hingga tempat keempat antara RM1,000 hingga RM500 berserta piala, medal dan hamper,” katanya.

Dalam pada itu katanya, pihaknya telah merancang untuk menjadikan liga berkenaan sebagai acara tahunan bagi melahirkan lebih ramai pemain bola sepak berbakat di peringkat akar umbi yang mampu mewakili negara pada masa akan datang.

“Kita tidak akan mensia-siakan bakat pemain yang menyertai liga ICFL. Melalui liga ini, kita juga akan membuat pemilihan pemain untuk mewakili satu pasukan yang akan ditubuhkan oleh ICFL,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini