Tiada petunjuk baharu pencarian seekor lagi harimau di Besol - Utusan Malaysia

Tiada petunjuk baharu pencarian seekor lagi harimau di Besol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN – Usaha untuk menangkap seekor lagi harimau yang dikatakan turut berkeliaran di Kampung Besol Lama, Bukit Besi dekat sini Khamis lalu masih belum memperolehi apa-apa petunjuk baharu.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Dr. Abdul Malek Mohd. Yusof berkata, setakat ini, pihaknya masih belum menemui sebarang kesan baharu berhubung harimau belang terbabit pada hari keenam operasinya hari ini.

“Pemantauan dan rondaan di sekitar lokasi Kampung Besol Lama dan  hutan berhampirannya tidak menemui kesan tapak kaki baru harimau belang terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Begitupun, operasi untuk menangkap harimau belang terbabit masih diteruskan untuk tempoh sehingga dua minggu bermula Sabtu lalu,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! Jumaat lalu melaporkan penduduk Kampung Besol Lama digemparkan dengan penemuan dua ekor harimau yang tersesat masuk ke perkampungan itu sebelum salah seekor daripadanya digelar ‘Awang Besol’ berjaya ditangkap pada 3.30 petang, Jumaat lalu.

Begitu pun, ‘Awang Besol’ yang jinak kerana disyaki menghidap virus Canine Distemper dilaporkan telah mati sewaktu mendapatkan rawatan di Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan dan Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungkai, Perak pada pukul 5.30 pagi tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini