Peniaga butik dibebaskan perintah tahanan akibat dadah  - Utusan Malaysia

Peniaga butik dibebaskan perintah tahanan akibat dadah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seorang peniaga butik pakaian kanak-kanak dibebaskan daripada perintah tahanan akibat aktiviti dadah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini. 

Hakim, Datuk Ab. Karim Ab. Rahman memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan habeas corpus, Imelda Nasreen Mispan, 35, selepas meneliti segala hujahan daripada pihak-pihak terlibat. 

Ab. Karim dalam penghakimannya menegaskan perintah tahanan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri di luar jangka masa 60 hari adalah tidak sah. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Imelda selaku pemohon sebelum ini ditahan di Pusat Tahanan Batu Gajah, Perak selama dua tahun berdasarkan perintah tahanan Timbalan Menteri Dalam Negeri bertarikh 11 Disember tahun lalu.  

Sebelum itu, wanita tersebut ditangkap di pejabat siasatan jenayah narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat, Johor pukul 12.20 tengah hari pada 12 Oktober lalu mengikut Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas), 1985.

Dalam prosiding tersebut, Peguam Persekutuan Siti Hajar Mat Radzi mewakil empat responden iaitu Ketua Polis Negara, Pengarah Pusat Pemulihan Akhlak, Batu Gajah Perak, Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Kementerian Dalam Negeri. 

Sementara Imelda diwakili Peguam Datuk Hariharan Tara Singh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini