Guru disamun lelaki bermotosikal - Utusan Malaysia

Guru disamun lelaki bermotosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS – Diacukan pistol dan beg tangan dilarikan, itu detik cemas yang dialami oleh seorang guru selepas disamun lelaki bermotosikal dalam kejadian di Jalan Kota Bharu-Pasir Mas berhampiran Kampung Salor dekat sini semalam.

Kejadian pukul 6.40 pagi itu berlaku ketika mangsa Noraida Othman,39, dalam perjalanan untuk mengajar di Sekolah Pendidikan Khas Kelantan, Lati dekat sini.

Noraida berkata, ketika sedang memandu dia telah merasai kereta Perodua Viva miliknya ditendang dari arah belakang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, secara tiba-tiba sebuah motosikal yang mengekorinya telah masuk ke sebelah kiri lalu mengacukan pistol dan mengarahkannya supaya memberhentikan kenderaan.

“Saya terus memberhentikan kereta kerana takut dengan tindakan lelaki tersebut. Ketika itu tingkat cermin kereta pada bahagian depan berada dalam keadaan terbuka dan saya selalu berbuat demikian.

“Lelaki itu kemudian terus melarikan beg tangan miliknya yang diletakkan diatas tempat duduk penumpang bahagian hadapan selepas tingkap berada dalam keadaan terbuka,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas dekat sini hari ini.

Noraida memberitahu, setiap pagi dia akan turun dari rumah di Selising, Pasir Puteh seawal pukul 6 pagi untuk ke sekolah.

Katanya, sebelum meneruskan perjalanan ke Lati dia terlebih dahulu akan anak-anak ke sekolah masing-masing di sekitar Ketereh.

“Ini merupakan kejadian pertama yang menimpa saya sejak lebih sedekad berulang-alik menggunakan laluan itu,” ujarnya.

Sementara itu, Guru Besar SK Pendidikan Khas Kelantan Lati, Rosita Awang berharap kejadian itu tidak mematahkan semangat Noraida untuk terus menjalankan tugasnya sebagai pendidik.

Katanya, dia memuji komitmen yang diperagakan oleh guru berkenaan yang disifatkan cukup komited dalam menjalankan tugas.

“Saya doakan semoga Allah terus memberikan kekuatan kepada Norlida untuk melaksanakan amanah yang telah diberikan ini.

“Walaupun rumahnya agak jauh, namun dia tetap komited dengan tugas itu. Paling lewat dia akan sampai ke sekolah pukul 7.05 pagi,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini