SYDNEY 23 Julai – Gara-gara cuai memandu sehingga terlanggar kereta peronda polis, seorang lelaki ditahan polis dan dadah jenis methamphetamines berjumlah AS$140 juta (RM576 juta) turut berjaya dirampas.
Lapor Reuters, lelaki terbabit, yang membawa van berisi dadah seberat 270 kilogram, terlanggar kereta peronda polis yang diletakkan di luar stesen polis, sebelum dia melarikan diri semalam.
Lelaki itu berjaya ditahan polis satu jam kemudian. – AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











