MAQIS rampas 20kg daging salai seludup dari Kemboja - Utusan Malaysia

MAQIS rampas 20kg daging salai seludup dari Kemboja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 23 Julai – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas daging lembu salai seberat 20 kilogram (kg) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2), Sabtu lalu.

MAQIS dalam satu kenyataannya hari ini memberitahu, daging tersebut tidak mempunyai sebarang dokumen sah seperti Permit Import daripada MAQIS, Sijil Kesihatan dan Sijil Halal dari negara asal.

“Berdasarkan pemeriksaan, 23 pek daging lembu (salai) tersebut dibawa oleh penumpang dari warganegara Kemboja pada pukul 2 petang di laluan penumpang antarabangsa KLIA2.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perbuatan mengimport hasilan haiwan tanpa permit yang sah adalah kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Akta 728) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3), akta yang sama,” jelasnya.

Jika disabit kesalahan jelasnya, individu terbabit boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

Seorang pegawai penguatkuasa MAQIS memeriksa daging salai yang cuba diseludup dari Kemboja ke negara ini dalam operasi di KLIA2 Sepang, Sabtu lalu.

Jelas MAQIS lagi, kegagalan mematuhi peraturan import juga boleh dikenakan tindakan kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kuarantin Dan Pemeriksaan (Pengkompaunan Kesalahan) 2019 sehingga RM50,000.00.

“MAQIS sentiasa memastikan tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih dan mikroorganisma yang masuk Malaysia adalah bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar serta tidak menjejaskan sektor pertanian, penternakan dan makanan negara di samping mematuhi aspek kesihatan manusia, binatang, tumbuhan, ikan dan keselamatan makanan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini